Pertukaran Blog Lola kepada Blog Bundle Lola

Assalamualaikum semua blogger...
Wahh jangan terkejut okey. Lola sangat teruja sebab Lola dah buka Bundle On9 dekat FB, baru je opening semalam. So hari ini lola nak beritahu / beri pengumuman bahawa blog harian ilola akan menjadi BLOG BUNDLE LOLA... hee... tengoklah header lola sudah bertukar.. cantik tak??





Jomlah like page LOLA BUNDLE dekat fb Lola ( http://www.facebook.com/pages/Bundle-Lola/252075134830524 ) murah-murah tau, dalam harga RM20 - RM4.. Serious lola tak tipu punyaa... Hari ni lola upload lagi gambar baju... Pilih-pilih la yang mana sukaa...Kalau suka / serious buyer, inbox lola kat FB or email lola dekat princesslola90@yahoo.com..

Isi form

Name :
Address :
Tel no :
Code item :

Payment Method: MAYBANK/BANK ISLAM
For fast response, SMS 017-6290149



Code : L007
Price : RM10 (not include postage)
Size : Free size

Code : L005
Price : RM10 (not include postage)
Size : Free size

Code : L004
Price : RM8 (not include postage)
Size : Free size

Code : L010
Price : RM15 (not include postage)
Size : Free size

Code : L001
Price : RM15 (not include postage)
Size : Free size
Code : L002
Price : RM15 (not include postage)
Size : Free size

p/s : if nak tengok dengan lebih jelas and besar, boleh klik pada gambar @ boleh pergi terus pada FB ok... thank you~
Seterusnya

Family Day Ariffin

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan tutur bicara, saya mahu mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin pada setiap umat islam di serata dunia... banyak tak kamu semua dapat duit raya tahun ini? mesti banyakkan??huu.. semoga tahun ini kita diberkhati ILAHI.... aminnn~

Hahh saya nak ceritakan kisah family day yang saya beritahu pada entry yang lepas. Family day dijalankan dengan selamat dan jayanya walaupun masing-masing kepenatan sebab sanggup datang dari jauh, tidak kira Sabah, Kelantan, Pahang, Kedah, Penang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang ke rumah kami yang serba kekurangan ini... Esok lusa datang lagi ye.. Terima kasih juga sebab menjadi pak cik, mak cik, sepupu sepapat saya yang sporting sebab turut serta dalam sukaneka yang saya lakukan sampai yang muka penuh dengan tepung dan sanggup bertutup mata...

Pada yang membantu, saya sangat bersyukur.. Terima kasih dan moga-moga dimurahkan rezeki..aminnn...

Lepas ini, harap-haraplah keluarga Ariffin tetap utuh dan sentiasa bersatu..bersamalah kita prihatin, saling membantu sesama sedara, menghubungi sedara. Jangan kita putuskan tali persaudaraan kita yang besar ini. Kita haruslah bangga dengan adanya 17 Mak Cik / Pak Cik sedara, 68 sepupu.... Kawan-kawan saya jeles tauu... hee



Sukaneka : Pecahkan Belon

Sukaneka : Pecahkan Belon

Pakcik/Makcik/Sepupu

P/s: lepas ini buat dekat hotel pulak la..grand sikit..hikhik
Seterusnya

Editing Photoshop

Sudah sekian lama tidak mengedit gambar seperti ini.. jadi dengan tidak membuang masa dengan meloyer buruk, baik buat kerja berfaedah lagi mengenyangkan minda kita..betul tak?hee...

So, apa lagi adik-adik, akak-akak, abang-abang, kakek-kakek (atok) jomlah belajar mengedit gambar dengan mudah untuk menghilangkan bosan yang ada..bukan apa takut korang mati sebab kebosanan yang melanda diri bak tsunami melanda di Jepun...haihh bahaya sebab takut gilaa..hikhik

Graphic design ini pada pemikiran sangat susah tapi sebenarnya mudah kalau kita fikir dengan mudah... yelahh takut-takut korang punya urat saraf tersangkut nak fikirkan macam mana nak mulakan dulu...

Lola dulu mulakan dengan godeh je apa yang ada kat photooshop tu... pedulikan orang kata "kau pandai ke? kau reti ke?" lantaklah... ingat korang je pandai?? hah? ahah... So mulakanlah dengan "Bismillahirahmannirahim" semoga berkat kerja korang tu ye adik-adik... lepas itu apa lagi godeh sampai puas hati.. buka j tutorial kat utube tu..bersepah..okey?

SEMOGA BERJAYA ye kawan-kawan..
Seterusnya

Family Day Pada Hari Raya Aidilfitri



Family Day Ariffin dan Family Day Jaafar

Bunting

Nama Ariffin adalah nama atuk Lola. Ianya digunakan sebagai nama Family Day kerana ingin mengeratkan lagi hubungan sesama family. Family Ariffin adalah family belah ibu yang mempunyai 20 orang adik beradik dan yang tinggal sekarang hanya 16 orang adik beradik kalau Lola tak silaplah. Sepupu Lola pun tak terkira. Family ibu ramai dan stay jauh di Kelantan, Kedah, Perak, Sabah, KL, Pahang, Johor dan Singapura juga ada.. Sudah dua kali family day Ariffin diadakan, 1st di Air Papan Mersing , 2nd di Kedah and 3rd kita akan adakan di Teratak Norlela iaitu rumah Lola la.. Insyaallah..

Manakala famili Jaafar adalah famili belah ayah. Ayah pula ada enam orang adik beradik. Semua adik beradik ayah stay dekat Johor. Famili ayah pun sering adakan tahlil tiap-tiap tahun mengikut urutan adik beradik. Tetapi tahun ini akan melompat ke giliran ayah walaupun belum masa giliran ayah. Hal ini kerana tidak mahu membazir / ingin mengeratkan silaturrahim antara famili ibu dan ayah.

Jadi Family day kali ini akan digabungkan iaitu family ayah dan family ibu Lola... Belah Ibu akan diadakan dari pagi untuk acara bermaafan, kutip duit raya, sukaneka hingga petang, manakala malam akan bergabung dengan family ayah untuk membaca tahlil/ yassin dan bermahabban..Dan akhir sekali, jamuan makan akan disediakan, malahh diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah...

Pasti suasana gamat bila semua family sepakat turun untuk ber mesra sebab acara mintak maaf dan minta duit raya diadakan kerana anak-anak sedara maybe seramai 60 orang akan beratur mengikut urutan..huuu..SERONOK..

Family Day yang sudah lama tidak diadakan akan diadakan pada Hari Raya yang ke-3 pada 1 September ini.. Lola harap sangat Family day yang akan diadakan berjaya dengan lancarnya... aminnn....


Aturcara


P/s : Design bunting / Kad Jemputan / Aturcara Majlis semua Lola yang buat.. Harap maaf kalau ada cacat cela.... semuanya khas untuk Family Day kita

Seterusnya

Dulu dan Sekarang

Perubahan Muka

Macam best Lola tengok kawan Lola, Cik Nureen post blog about her skin..perubahan muka dulu dan sekarang... Okeyh, Lola pon teringin nak share muka Lola before and now dengan menggunakan pencuci dan cream hampir 4 bulan lebih nea....

Before
(Penggunaan Bio Essance *Hampir Penghabisan Kolej)



Now
(Selepas penggunaan Pencuci dan krim yang sangat berkesan)

Hahhh nampakkan perbezaan warna kulit dan tekstur kulit Lola.... Walaupun ada sorang sis ni selalu kata kulit Lola bersih tapi hakikatnya sentiasa tumbuh bijik-bijik apa entah dan kulit Lola gelap sebab makan cahaya matahari.. Penat Lola fikirkan macam mana nak dapatkan balik kulit asal sebab muka Lola berbelang... Adik Lola la yang tolong Lola dapatkan kulit Lola balik, Lola percaya sebab muka adik Lola yang dulu agak gelap pun da kembali cerah dan normal dan cantik... Apa lagi Lola try la.. Alhamdulillah muka Lola ok... hee.. seronok sebab dah tak payah nak pakai bedak compact and mekap sangat, safe duit Lola sekarang nea... hee... Kalau nak tau Lola pakai apa? tungguuu.. nanti Lola akan beritahu...


P/s : Maap muka atas sekali tu sangat montel..ahahha...and jangan lupa beli biskut raya dengan Lola
Seterusnya

Experience

Dalam dua bulan April until bulan Mei akhir hari itu, aku banyak mendapat pengalaman yang sangat-sangat mahal sebab tiada di jual di mana-mana kedai / supermarket / shopping mall... Semuanya datang secara tiba-tiba atas kehendaknya..



1. Tempahan banner
  • Ayah dan ibu aku banyak membantu aku untuk dapatkan tempahan * Dioranglah yang menjual nama aku dekat member-member diorang * Kalau tiada diorang aku sendiri tiada duit poket / duit keruk haha..
  • Thanks a lot ayah and ibu, both of u are my soul..
2. Perlantikan Jiran Muda
  • Yurp..aku tahu korang mesti gelak terbahak-bahak sebab tidak pernah dengar perkataan "Jiran Muda" kan? sebab my BF pon gelakkan aku jugak.
  • Jiran Muda under KRT.. KRT tahu tidak? haihh aku sebenarnya tidak pandai hendak explain.. Semua Jiran Muda, KRT, Belia datang dari kampung-kampung atau taman.. tapi tidak semua taman ada.
  • Yang aku pelik ramai tidak tahu KRT tapi KRT ada merata-rata dekat 1 Johor..
  • Balik pada cerita asal, ibu dengan ayah aku lantik aku sebagai naib pengerusi Jiran Muda * Mula-mula diorang nak lantik sebagai pengerusi tapi aku tolak sebab aku mentah lagi and then tidak tahu apa-apa...
  • Sudahlah kena lantik then kena hantar pulak ke Motivasi / Bengkel kat Pasir Lanun Mersing.. * Sorang-sorang pulak tu.. haihh
3. Bengkel Jiran Muda
  • Sampai sahaja dekat Pejabatan Perpaduan aku sudah bengang sebab aku tengok aku seorang sahaja perempuan...tapi rupa-rupanya ada 7 orang perempuan 26 lelaki... percaya tidak lelaki lebih ramai daripada perempuan? But its ok,sekurang-kurangnya ada kawan... Selamat jiwa dunia akhirat...
  • Yang tidak best kami bertiga iaitu aku, myn and fie sahaja yang paling tua perempuan..
  • Ok sangat-sangat best * first sebab ada burung hantu walaupun tidaklah begitu mencabar * second sebab ada jungle tracking.. i love jungle tracking even air botol aku jatuh bergolek-golek jatuh ke bawah..hahaha... its ok... * third sebab dapat belajar buat kertas kerja, yurp aku pernah buat kertas kerja selama ini but ianya dapat perisian lebih terperinci.. great!


4. Gerak Kreatif Teater - Hotel Century Johor
  • 10 orang sahaja terpilih dari bengkel Jiran Muda dari umur 16 kot until 21 untuk pergi ke Gerak Kreatif Teater di Hotel Century
  • Sampai sahaja ktorang lagi yang paling tua..haihh terpaksa redha diri ini sudah tua...
  • Ok aku sendiri tidak sangka dekat sana aku kena belajar cara pernafasan yang betul, sebutan huruf vokal yang betol "a,e,i,o,u" , belajar vokal, berlakon teater..


P/s : selagi anda boleh belajar,belajar sahaja.. jangan buang masa anda ok.. thanx sebab sudi baca
Seterusnya

Deep in my heart

Tiap detik jam, berlalunya hari, bulan dan tahun... Kita sudah bersama 1 tahun lebih... Banyak dugaan yang kita tempuhi... susah senang kita bersama... pergaduhan, salah faham adat orang bercinta... semakin lama kita bersama semakin banyak halangan dan dugaan yang kita terima.. tetapi saya akur dengan segala kehendaknya... saya tetap akan bersabar dan tidak akan beralah untuk mengukuhkan hubungan kita... selagi rasa sayang ada dalam hati ini... saya akan berusaha mencari kekurangan diri... Jangan sesekali menyalahkan diri atau sesiapa sebab kita yang alpa...


My Lovely Incik Boipren



Kenangan kita bersama...

Don't tell me the river
doesn't flow through
your heart. I'm drowning
in emotional arteries
with every pulse,
each ventricle carries
me closer to you.

Don't tell me the sky
doesn't expand in your
mind. Your thoughts
of me become
laced with comets,
hypnotizing me in
your vast universe of secrets.

Don't tell me there isn't
a fire over your lips.
I remember the burning
sensation from every
tender kiss. The heat
controlling your smile
lingers on tonight.

Don't tell me the sun
doesn't shine within your
eyes. You're the first
entity I see when I wake,
the natural force that makes
me love you so deeply.

Don't tell me you
aren't my world--
if not this was all in vain.
Seterusnya