Family Day Ariffin dan Family Day Jaafar
Bunting
Nama Ariffin adalah nama atuk Lola. Ianya digunakan sebagai nama Family Day kerana ingin mengeratkan lagi hubungan sesama family. Family Ariffin adalah family belah ibu yang mempunyai 20 orang adik beradik dan yang tinggal sekarang hanya 16 orang adik beradik kalau Lola tak silaplah. Sepupu Lola pun tak terkira. Family ibu ramai dan stay jauh di Kelantan, Kedah, Perak, Sabah, KL, Pahang, Johor dan Singapura juga ada.. Sudah dua kali family day Ariffin diadakan, 1st di Air Papan Mersing , 2nd di Kedah and 3rd kita akan adakan di Teratak Norlela iaitu rumah Lola la.. Insyaallah..
Manakala famili Jaafar adalah famili belah ayah. Ayah pula ada enam orang adik beradik. Semua adik beradik ayah stay dekat Johor. Famili ayah pun sering adakan tahlil tiap-tiap tahun mengikut urutan adik beradik. Tetapi tahun ini akan melompat ke giliran ayah walaupun belum masa giliran ayah. Hal ini kerana tidak mahu membazir / ingin mengeratkan silaturrahim antara famili ibu dan ayah.
Jadi Family day kali ini akan digabungkan iaitu family ayah dan family ibu Lola... Belah Ibu akan diadakan dari pagi untuk acara bermaafan, kutip duit raya, sukaneka hingga petang, manakala malam akan bergabung dengan family ayah untuk membaca tahlil/ yassin dan bermahabban..Dan akhir sekali, jamuan makan akan disediakan, malahh diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah...
Pasti suasana gamat bila semua family sepakat turun untuk ber mesra sebab acara mintak maaf dan minta duit raya diadakan kerana anak-anak sedara maybe seramai 60 orang akan beratur mengikut urutan..huuu..SERONOK..
Family Day yang sudah lama tidak diadakan akan diadakan pada Hari Raya yang ke-3 pada 1 September ini.. Lola harap sangat Family day yang akan diadakan berjaya dengan lancarnya... aminnn....
P/s : Design bunting / Kad Jemputan / Aturcara Majlis semua Lola yang buat.. Harap maaf kalau ada cacat cela.... semuanya khas untuk Family Day kita
0 ulasan:
Post a Comment