Family Day Ariffin

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan tutur bicara, saya mahu mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin pada setiap umat islam di serata dunia... banyak tak kamu semua dapat duit raya tahun ini? mesti banyakkan??huu.. semoga tahun ini kita diberkhati ILAHI.... aminnn~

Hahh saya nak ceritakan kisah family day yang saya beritahu pada entry yang lepas. Family day dijalankan dengan selamat dan jayanya walaupun masing-masing kepenatan sebab sanggup datang dari jauh, tidak kira Sabah, Kelantan, Pahang, Kedah, Penang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang ke rumah kami yang serba kekurangan ini... Esok lusa datang lagi ye.. Terima kasih juga sebab menjadi pak cik, mak cik, sepupu sepapat saya yang sporting sebab turut serta dalam sukaneka yang saya lakukan sampai yang muka penuh dengan tepung dan sanggup bertutup mata...

Pada yang membantu, saya sangat bersyukur.. Terima kasih dan moga-moga dimurahkan rezeki..aminnn...

Lepas ini, harap-haraplah keluarga Ariffin tetap utuh dan sentiasa bersatu..bersamalah kita prihatin, saling membantu sesama sedara, menghubungi sedara. Jangan kita putuskan tali persaudaraan kita yang besar ini. Kita haruslah bangga dengan adanya 17 Mak Cik / Pak Cik sedara, 68 sepupu.... Kawan-kawan saya jeles tauu... hee



Sukaneka : Pecahkan Belon

Sukaneka : Pecahkan Belon

Pakcik/Makcik/Sepupu

P/s: lepas ini buat dekat hotel pulak la..grand sikit..hikhik

0 ulasan:

Post a Comment